Assalamualaikum & Apa kabar anda semua.
Saya doakan agar anda dipermudahkan segala apa jua urusan yang anda kerjakan. Moga diberkati dan dirahmatiNya. Semoga hari anda dapat dimanfaatkan dengan produktif bersama keluarga yang tersayang.
Perkara Asas yang dititik beratkan oleh #barkookis adalah Tatacara penyediaan dan pembuatan produk yang dihasilkan dari Awal hingga Akhir seterusnya sampai kepada Pelanggan. Penyediaan Bar Kookis sangat mementingkan KUALITI bahan yang digunakan. Bahan yang digunakan mestilah antara yang paling baik di pasaran seperti choclate chips, mentega, tepung, gula dan sebagainya. Bahan yang berkualiti sangat memberi kesan kepada rasa, bentuk & feel kepada pelanggan apabila menikmatinya. Seterusnya adalah SUMBER bahan diperolehi. Bahan mentah yang diperolehi oleh Bar Kookis mestilah daripada sumber yang jelas puncanya dan bersih tatacara pengendaliannya. Bar kookis juga sebolehnya akan mendapatkan bahan mentah daripada pembekal Muslim yang berdaya Maju, berkebolehan dan dipercayai.
Akhir sekali ialah CARA PENYEDIAAN Bar Kookis. Aspek KEBERSIHAN sangat dititik beratkan. "Sama seperti makanan & hidangan yang disediakan untuk keluarga tercinta". Begitu juga Bar Kookis menyediakan untuk pelanggan kami. Selain Kebersihan menjadi keutamaan kami. "3 cawan kasih sayang dari Hati & 4 sudu rasa tanggungjawab" turut menjadi amalan biasa Bar Kookis. Keberkatan adalah cukup. Rezeki yang melimpah ruah dan dilimpahi dengan keberkatan adalah yang terbaik.
Sebelum terlupa "Setiap kali telor dipecahkan & dimasukkan kedalam adunan. Bar Kookis akan memastikan kulit telor dibasuh dan dibersihkan sebersihnya dari sebarang kotoran"
"Gunakan Bar Kookis Tanpa Was-was"










