8 Jenis Kacang Dan Khasiatnya Yang Berbeza
Salam Jutawan Buat Pembaca Semua
Hadirkan perkara yang Positive dalam Minda dan Fikiran anda. Seterusnya perkara Positive akan datang kedalam hidup anda. Begitulah Mudahnya Jika anda hendak mengetahui perkara paling asas untuk anda menjemput REZEKI
Pada peringkat awal Bar Kookis hanya menggunakan satu jenis kacang sahaja iaitu Kacang Badam. Bagaimanapun wujud permintaan untuk penggunaan kacang yang berbeza bagi adunan Bar Kookis yang sama. Hal ini sekaligus memberikan kelainan kepada aroma, rasa dan khasiat yang berbeza selepas keluar dari ketuhar hinggalah masuk kedalam mulut anda.
Di sini suka saya ingin menggariskan KHASIAT-KHASIAT yang berbeza dari kacang berbeza di dalam adunan BAR KOOKIS
Walnut
Kacang walnut merupakan kacang yang kaya dengan kandungan antioksidan dan omega 3 yang tinggi. Pengambilan walnut secara rutin dapat mengurangkan rasa sakit semasa datang bulan bagi wanita dan elok untuk mengurangkan keradangan atau inflammation
Almond
Adakah anda hendak langsing? Almond adalah salah satu jenis kacang kaya serat dan vitamin E. Selain mengawal berat badan, kacang ini juga dapat menurunkan gula darah dan meningkatkan bakteria baik dalam perut
Cashew
Cashew atau kacang mete memiliki kandungan zat besi, zink, dan magnesium yang baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk penderita Alzheimer juga digalakkan untuk pengambilan kacang ini secara rutin kerana ia dapat memperkuat kemampuan memori dan penglihatan
Pecan
Untuk anda yang mencari makanan sihat khusus untuk jantung, pecan menjadi pilihan tepat. Ia kaya antioksidan yang mampu mencegah plak pada pembuluh arteri.
Kacang Brazil
Satu butir kacang ini dapat memberikan lebih dari 100 percent selenium yang berfungsi membantu meningkatkan kesihatan kekebalan tubuh.
Macadamia
Kacang ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi. Kacang ini kaya dengan lemak tak tepu tunggal
Pistachio
Kacang berkulit keras ini adalah sahabat untuk anda yang sedang menjalankan program diet. Di dalam kacang pistachio terkandung total 4 kalori setiap butir. Pistachio juga mengandungi kalium dan vitamin B6.
Hazelnut
Untuk anda yang suka menjaga kecantikan kulit, anda boleh mendapatkan vitamin E dalam kacang ini. Kacang ini juga mengandungi lemak tak tepu tunggal yang baik untuk jantung.
Dengan kebaikan dan khasiat yang ada pada kacang-kacang ini diharap memberi manfaat yang terbaik buat penggemar BAR KOOKIS
Tanpa keberanian MIMPI tidak mungkin menjadi Kenyataan. Salam sejahtera buat anda semua. Moga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Think POSITIVE and POSITIVE Things will Come Your Way
Untuk tempahan -------------------> https://www.facebook.com/barkookis




No comments:
Post a Comment