Alhamdulillah Syukur diucapkan dan Hi semua
Yang baik di jadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan pedoman. Bar Kookis terus mengorak langkah dengan IzinNya. "Sesungguhnya tidak bergerak sebutir zarah tanpa IzinNya". Bukan rasa diri saya dah pandai tetapi pengalaman lalu dijadikan pengajaran dan mematangkan diri. Benarlah seperti kata -kata Coach Bahar(sifu One to One Business Coaching Saya) @ https://www.facebook.com/Coach.bahar "Bangun Selepas Jatuh iaitu Bangun sahaja tidak ada gunanya jikalau tidak meneruskan langkah"
Bermula sebagai hobi dan aktiviti suka - suka di rumah kini menjadi lebih serius menjana pendapatan keluarga. Bila mendapat pujian suami dan anak - anak saya pun semakin rajin membuat Toffee Almond dan membawa ke office, rumah teman - teman dan sanak saudara. Daripada response yang diterima terdetik di dalam hati untuk cuba - cuba menjualnya secara offline kemudian diwar-warkan di dalam talian.
Maka lahirlah Jenama Bar Kookis yang menjual Toffee Almond dan Butterscotch Walnut diperingkat awal. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga ini dan menjadi pencetus untuk saya terus menambah beberapa lagi jenis Kookis pada masa - masa akan datang. Terutama di bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Tentu ramai ibu - ibu dan surirumah yang tiada masa untuk membuat kuih raya. Bolehlah menikmati keenakkan dan kelainan Aroma & Rasa Bar Kookis yang pertama sepertinya di pasaran.
Beberapa hari lalu saya telah menerima pesanan daripada Agen di Negeri Kelantan untuk membekalkan 200 Bekas pelbagai saiz Bar Kookis Tofee Almond dan Butterscotch Walnut untuk dibekalkan di pasaran tempatan. Sudah tentu berita ini amat mengujakan kepada saya. Penat tidak terasa kerana saya terlalu Bersyukur untuk merungut. Sudah namanya rezeki terima seadanya dan lakukan dengan 100%. Setiap masalah yang ada diselesaikan dengan "Penyelesaian Kreatif". Moga-moga Allah permudahkan segala urusan. (Gambar Agen berkenaan beserta tempahannya akan di sertakan di catatan seterusnya)
Kepada sesiapa yang berminat menjadi Agen Bar Kookis sila pm saya di Inbox Message --> https://www.facebook.com/barkookis. Promosi!! Raya sakan dengan Bar Kookis sudah bermula. Daftar segera kerana tempat adalah terhad memandangkan pengeluaran yang terhad.
Terima kasih di atas sokongan anda. Saya doakan anda dipermudahkan segala urusan yang dikerjakan. Semoga anda semua terus sukses. Saya percaya dan yakin dengan Hati yang ikhlas Kejayaan pasti menjadi teman anda. Tidak dilupakan juga dengan Formula MESTI oleh Mentor kesayangan ramai DAO(Terima kasih sifu walaupun sifu belum tentu membaca Blog saya) Impian pasti menjadi Kenyataan dengan IzinNya :D


No comments:
Post a Comment