Assalamualaikum semua,
Hari yang indah, Alhamdulillah dapat berMENTORkan COACH BAHAR @ Baharuddin Mohamed. Beliau bukanlah seorang yang asing di dalam Dunia Perniagaan. Di bidang Pendidikan pula Coach Bahar merupakan pemegang Doktor Falsafah di bidang Teknolgi Maklumat dari University of Nottingham London. Coach Bahar pernah menjadi Dekan termuda pada usia 24 tahun. Seorang yang sangat sederhana tetapi sarat dengan Falsafah Hidup dan Perniagaan.
Di bidang Perniagaan pada hari ini Coach Bahar mempunyai 19 buah Syarikat dan ada kira - kira 450 orang kakitangan. Untuk seterusnya Coach Bahar tidak mungkin akan berhenti pada angka ini. Antara pencapaian beliau yang mengkagumkan saya ialah Coach Bahar pernah perolehi Jualan RM30,000.00 sehari semasa menjual Biskut Raya di Bulan Ramadhan di Kompleks PKNS Shah Alam. Semasa itu beliau baru berusia 21 tahun. Hebat bukan dan Apa yang anda nampak sekarang ini?
Apa yang saya nampak ialah sudah pasti "Kemahiran Mengurus, Mengorganisasi dan Sistem Perniagaan beliau sudah tentu hebat". Hari ini dengan Kejayaan yang beliau capai beliau masih ingin menyumbang dengan berkongsi Kemahiran yang beliau ada di dalam salah satu Kelas beliau iaitu "PROGRAM ONE TO ONE Business Personal Coaching".
"BERAPAKAH PENGELUARAN BAR KOOKIS SEMINGGU" Soalan yang keluar dari Coach Bahar seolah-olah satu satu tamparan ke muka. Coach Bahar mula berikan jalan untuk menambahbaik Bar Kookis secara keseluruhan. Seterusnya mulakan dengan pengeluaran besar - besaran. Kebetulan pula bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak berapa lama lagi. Ini kerana "Bar Kookis memang nampak sedap di dalam gambar" tambah Coach Bahar lagi. Cuma terkilan sedikit tidak membawa Bar Kookis kepada Coach Bahar pada hari itu. Ini kerana keenakan dan kelazatan rasa Bar Kookis memang tidak dinafikan. Ramai yang telah mencubanya semasa Fasa pengenalan Bar Kookis dan ramai yang memberikan Testimoni serta Respon yang sangat baik. Coach Bahar menambah lagi "Ada kira - kira 100 Agen yang bergerak sangat aktif memasarkan Kuih dan Biskut Raya di musim Perayaan yang bakal tiba dan sepanjang tahun". Kata - kata Coach Bahar terus membuaikan perasaan dalam masa yang sama seperti mencungap tidak cukup Oksigen untuk bernafas.
Seterusnya adalah KUASA TINDAKAN. Terima kasih Allah kerana dengan izinNya dapat berMENTORkan Coach yang hebat sepertinya. Bertemu lagi di lain waktu. Wassalam.

No comments:
Post a Comment