Wednesday, 30 April 2014

Bar Kookis : Dari Dapur menjadi Pendapatan




Alhamdulillah Syukur diucapkan dan Hi semua



Yang baik di jadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan pedoman. Bar Kookis terus mengorak langkah dengan IzinNya. "Sesungguhnya tidak bergerak sebutir zarah tanpa IzinNya". Bukan rasa diri saya dah pandai tetapi  pengalaman lalu dijadikan pengajaran dan mematangkan diri. Benarlah seperti kata -kata Coach Bahar(sifu One to One Business Coaching Saya) @ https://www.facebook.com/Coach.bahar "Bangun Selepas Jatuh iaitu Bangun sahaja tidak ada gunanya jikalau tidak meneruskan langkah"

Bermula sebagai hobi dan aktiviti suka - suka di rumah kini menjadi lebih serius menjana pendapatan keluarga. Bila mendapat pujian suami dan anak - anak saya pun semakin rajin membuat Toffee Almond dan membawa ke office, rumah teman - teman dan sanak saudara. Daripada response yang diterima terdetik di dalam hati untuk cuba - cuba menjualnya secara offline kemudian diwar-warkan di dalam talian.

Maka lahirlah Jenama Bar Kookis yang menjual Toffee Almond dan Butterscotch Walnut diperingkat awal. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga ini dan menjadi pencetus untuk saya terus menambah beberapa lagi jenis Kookis pada masa - masa akan datang. Terutama di bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Tentu ramai ibu - ibu dan surirumah yang tiada masa untuk membuat kuih raya. Bolehlah menikmati keenakkan dan kelainan Aroma & Rasa Bar Kookis yang pertama sepertinya di pasaran.

Beberapa hari lalu saya telah menerima pesanan daripada Agen di Negeri Kelantan untuk membekalkan 200 Bekas pelbagai saiz Bar Kookis Tofee Almond dan Butterscotch Walnut untuk dibekalkan di pasaran tempatan. Sudah tentu berita ini amat mengujakan kepada saya. Penat tidak terasa kerana saya terlalu Bersyukur untuk merungut. Sudah namanya rezeki terima seadanya dan lakukan dengan 100%. Setiap masalah yang ada diselesaikan dengan "Penyelesaian Kreatif". Moga-moga Allah permudahkan segala urusan. (Gambar Agen berkenaan beserta tempahannya akan di sertakan di catatan seterusnya)

Kepada sesiapa yang berminat menjadi Agen Bar Kookis sila pm saya di Inbox Message -->    https://www.facebook.com/barkookis. Promosi!! Raya sakan dengan Bar Kookis sudah bermula. Daftar segera kerana tempat adalah terhad memandangkan pengeluaran yang terhad.

Terima kasih di atas sokongan anda. Saya doakan anda dipermudahkan segala urusan yang dikerjakan. Semoga anda semua terus sukses. Saya percaya dan yakin dengan Hati yang ikhlas Kejayaan pasti menjadi teman anda. Tidak dilupakan juga dengan Formula MESTI oleh Mentor kesayangan ramai DAO(Terima kasih sifu walaupun sifu belum tentu membaca Blog saya) Impian pasti menjadi Kenyataan dengan IzinNya  :D



Tuesday, 22 April 2014

Barkookis "Rasa & Khasiat 8 Jenis Kacang Yang Berbeza"

8 Jenis Kacang Dan Khasiatnya Yang Berbeza


Salam Jutawan Buat Pembaca Semua
Hadirkan perkara yang Positive dalam Minda dan Fikiran anda. Seterusnya perkara Positive akan datang kedalam hidup anda. Begitulah Mudahnya Jika anda hendak mengetahui perkara paling asas untuk anda menjemput REZEKI

Pada peringkat awal Bar Kookis hanya menggunakan satu jenis kacang sahaja iaitu Kacang Badam. Bagaimanapun wujud permintaan untuk penggunaan kacang yang berbeza bagi adunan Bar Kookis yang sama. Hal ini sekaligus memberikan kelainan kepada aroma, rasa dan khasiat yang berbeza selepas keluar dari ketuhar hinggalah masuk kedalam mulut anda.

Di sini suka saya ingin menggariskan KHASIAT-KHASIAT yang berbeza dari kacang berbeza di dalam adunan BAR KOOKIS

Walnut
Kacang walnut merupakan kacang yang kaya dengan kandungan antioksidan dan omega 3 yang tinggi. Pengambilan walnut secara rutin dapat mengurangkan rasa sakit semasa datang bulan bagi wanita dan elok untuk mengurangkan keradangan atau inflammation 

Almond
Adakah anda hendak langsing? Almond adalah salah satu jenis kacang kaya serat dan vitamin E. Selain mengawal berat badan, kacang ini juga dapat menurunkan gula darah dan meningkatkan bakteria baik dalam perut

Cashew
Cashew atau kacang mete memiliki kandungan zat besi, zink, dan magnesium yang baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk penderita Alzheimer juga digalakkan untuk pengambilan kacang ini secara rutin  kerana ia dapat memperkuat kemampuan memori dan penglihatan 

Pecan
Untuk anda yang mencari makanan sihat khusus untuk jantung, pecan menjadi pilihan tepat. Ia kaya antioksidan yang mampu mencegah plak pada pembuluh arteri. 

Kacang Brazil
Satu butir kacang ini dapat memberikan lebih dari 100 percent selenium yang berfungsi membantu meningkatkan kesihatan kekebalan tubuh. 

Macadamia
Kacang ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi. Kacang ini kaya dengan lemak tak tepu tunggal

Pistachio 
Kacang berkulit keras ini adalah sahabat untuk anda yang sedang menjalankan program diet. Di dalam kacang pistachio terkandung total 4 kalori setiap butir. Pistachio juga mengandungi kalium dan vitamin B6

Hazelnut
Untuk anda yang suka menjaga kecantikan kulit, anda boleh mendapatkan vitamin E dalam kacang ini. Kacang ini juga mengandungi lemak tak tepu tunggal yang baik untuk jantung.

Dengan kebaikan dan khasiat yang ada pada kacang-kacang ini diharap memberi manfaat yang terbaik buat penggemar BAR KOOKIS

Tanpa keberanian MIMPI tidak mungkin menjadi Kenyataan. Salam sejahtera buat anda semua. Moga dimurahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan. Think POSITIVE and POSITIVE Things will Come Your Way


Untuk tempahan -------------------> https://www.facebook.com/barkookis

Bar Kookis - Rasa Kek dan Coklat dengan Kekacang Bermutu Tinggi

Salam dan hi semua

Bar Kookis


Impian berbisnis memang sudah lama terdetik dalam Hati. Banyak kelas yang disertai dengan semangat yang berkobar-kobar. Dengan ELMU yang betul dan MENTOR yang terbaik di antara yang terbaik anda pasti akan berkawan rapat dengan Kejayaan.

Bagaimana Lahirnya Bar Kookis.

Bar Kookis lahir daripada minat saya untuk menyediakan makanan ringkas untuk minum petang bersama anak-anak dan juga suami. Ada beberapa hidangan yang menjadi hidangan kami seisi keluarga. Namun akhirnya Bar Kookis menjadi repeat order oleh anak-anak dan encik Suami. Dihidangkan dengan Kopi Pahit atau teh Lipton pada petang hari pasti akan melengkapkan hari anda dan sesisi keluarga.

Alhamdulillah peminat chocalate bar versi cake dengan aneka rasa chocalate di campur dengan kekacang bermutu tinggi kian mendapat sambutan hangat. Terima kasih kepada anda yang telah merasai resipinya.